Saturday 25 February 2012

BERGUNAKAH BELAJAR GEOGRAFI DALAM KEHIDUPAN KITA ?

Seperti biasa kalau dengan Angah, mesti macam-macam soalan tulus mulus akan keluar. Dalam perjalanan ke Hospital Selayang minggu lepas, lalu kawasan Templer Park.

Sebelum sampai Selayang, kiri dan kanan rancak, meriah bagai pesta dengan berbagai projek perumahan mewah. Pembinaan rumah yang mengubah mukabumi untuk mendapatkan kepuasan manusia .
“Sepatutnya kita yang menyesuaikan diri dengan bentuk fizikal mukabumi sesuatu tempat bukannya kita mengubah tempat tersebut untuk mengikut kehendak kita. Dia orang ni tak belajar geografi kot…”

Suci mulus sungguh pemikiran seorang anak yang belum terdedah dengan asam garam dan gelombang  sebenar kehidupan. Geografi memang diajar dengan tujuan memberi murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian geografi membolahkan manusia belajar dari taburan dan pola yang wujud akibat perubahan halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia. Kita diajar tentang kesan-kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Dalam pelajaran Geografi juga, kita belajar tentang taburan penduduk dan pergerakan penduduk sebagai tindak balas terhadap faktor ekonomi, politik, sosial dan fizikal.
” Kat sekolah menengah memang diajar macam tu …tapi bila kat universiti , dia diajar bagaimana menggunakan alam semulajadi untuk produk perniagaan…diajar macam mana nak buat duit”

No comments:

Post a Comment