Saturday, 25 February 2012

AL-IDRISI PELAPOR ILMU GEOGRAFI

l-Idrisi pelopor ilmu geografi

Globe yang dihasilkan oleh al-Idrisi semasa pemerintahan Roger II Raja Sicily.

AL-IDRISI atau nama lengkapnya Abu Abdillah Syarif al-Idrisi, dilahirkan pada tahun 493 H di Ceuta (sekarang di sempadan antara Maghribi dengan Sepanyol).
Para penulis Barat menyatakan bahawa Al-Idrisi mula menimba ilmu di Cordova, Sepanyol. Malah beliau juga turut melakukan perjalanan yang jauh termasuk ke Afrika Utara.
Para ilmuwan Barat memberi pujian kepada beliau sebagai salah seorang ahli geografi yang tiada tandingan.
Salah satu kitabnya, iaitu kitabNazhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq atau Temasya Orang-orang Yang Rindu Untuk Menjelajah Ufuktelah diterbitkan di Perancis dalam bentuk ensiklopedia dan dianggap sebagai buku ilmiah yang asli dan paling besar pengaruhnya pada Abad Pertengahan.
Buku tersebut turut mendapat perhatian ilmuwan Barat, Barone yang menyatakan: "Buku geografi al-Idrisi tiada bandingannya dengan buku geografi mana sekalipun sebelumnya dan sentiasa dijadikan sebagai rujukan oleh para penulis sejarah dan geografi di sebahagian kota-kota besar dunia ketika itu."
Pada tahun 1129-1140 M, iaitu ketika pemerintahan Raja Sicily, Roger II, Al-Idrisi melaksanakan program penelitian dan telah menghadiahkan sebuah bola bumi (globe) yang diperbuat daripada perak.
Malah kitab yang berjudul Nazhat al-Mustaq fi Ikhtiraq al-Agaq atau disebut sebagai Kitab Rujar telah diabadikan sebagai The Book of Roger kerana ia merupakan dorongan daripada Raja Sicily itu sendiri.
Selain itu, Al-Idrisi juga telah mencipta 71 buah peta. Pada tahun 1931, peta tersebut telah dipisahkan lalu dicetak dengan warna dan telah diterjemahkan dalam bahasa Latin. Bagaimanapun, pada tahun 1951, peta tersebut dicetak dalam bahasa Arab.
Kitab karangan Al-Idrisi yang lain, berjudul Al-Adwiyah al-Mufradat juga turut ditemui oleh H. Ratter di Perpustakaan Fatih di Istanbul pada tahun 1928.
Meskipun naskhah tersebut kurang lengkap, namun karyanya itu kerap disebut oleh al-Baytar.
Malah dalam kitabnya itu, beliau menghasilkan sinonim-sinonim untuk setiap ubat-ubatan termasuk ubat bius di dalam 12 bahasa.
Bagaimanapun, teks lengkap daripada bukunya yang berjudul The Book of Roger telah diringkaskan dan terdapat banyak bahagian yang diolah tanpa alasan yang jelas dan meyakinkan.

No comments:

Post a Comment