Pengangkutan Darat
1. Jalan raya adalah cara pengangkutan darat yang paling penting di Malaysia.
2. Jaringan jalan raya di Malaysia berjumlah 66 445 km. Sistem jalan rayanya padat dan 80% daripadanya berturap.
3. Jaringan jalan raya di Semenanjung Malaysia tertumpu di dataran pantai barat dan dataran pantai timur.
4. Kawasan tengah Semenanjung Malaysia adalah kurang jalan raya kerana kawasan inibergunung-ganang dan diliputi hutan tebal.
5. Jalan raya di Sabah dan Sarawak adalah tidak padat kerana kawasannya berhutan tebal dan kebanyakannya dihalang oleh sungai-sungai yang besar.
6. Terdapat beberapa jenis jalan raya di Malaysia iaitu
(a) Jalan raya persekutuan (b) Jalan banjaran (c) Jalan raya berturap (d) Jalan raya tidak berturap
7. Jalan raya persekutuan ialah
jalan raya yang mempunyai dua lorong yang menghubungkan kawasan
tertentu seperti dari Alor Setar ke Kulim dan Sandakan ke Tawau.
8. Jalan bandaran ialah jalan raya yang dibina di kawasan perbandaran seperti di bandar Ipoh, Johor Bahru dan Kuching.
9. Jalan raya berturap ialah jalan raya yang dibina dengan menggunakan tar, manakala jalan raya tidak berturap ialah jalan raya yang terdiri daripada jalan batu atau tanah merah.
1. Pada masa kini, lebuh raua telah menjadi pengangkutan darat yang utama di Malaysia.
2. Pembinaan lebuh raya telah memendekkan masa perjalanan dan memajukan kawasan-kawasanpedalaman yang terpencil.
3. Terdapat banyak lebuh raya yang mempunyai empat dan enam lorong di Semenanjung Malaysia.
4. Lebuh raya-lebuh raya utama di Malaysia.
5. Lembah Klang mempunyai jaringan jalan raya yang paling padat di Malaysia. Lebuh raya yang terdapat di Lembah Klang ialah Lebuh raya Persekutuan, Lebuh raya Lembah Klang Utara (NKVE) dan Lebuh raya Damansara-Puchong. Lebuh raya-lebuh raya ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
6. Selain itu, Jambatan Pulau Pinang yang
menghubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pualu Pinang
telah meningkatkan sistem pengangkutan darat di Malaysia.
1. Jalan kereta api yang pertama dibina dari Taiping ke Port Weld dengan tujuan untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan.
2.
Terdapat dua jaringan landasan kereta api utama di Semenanjung Malaysia
iaitu di dataran pantai barat dan dataran pantai timur Semenanjung
Malaysia.
3. Landasan kereta api di dataran pantai timur dibina pada tahun 1930 dari Gemas (Negeri Sembilan) ke Tumpat (Kelantan) dan sehingga ke Hat Yai di Thailand.
4. Landasan kereta api di dataran pantai barat dibina pada tahun 1913 dari Padang Besar (Perlis) ke Johor Bahru (Johor). Landasan ini menghubungkan semua bandar utama disetiap negeri.
5. Gemas menjadi stesen persimpangan kereta api antara pantai barat dengan pantai timur di Semenanjung Malaysia.
6. Padang Besar, Johor Bahru dan Tumpat menjadi terminal kereta api di Semenanjung Malaysia.
7.
Landasan kereta api di pantai barat Semenanjung juga kebanyakannya
dihubungkan ke pelabuhan seperti Kuala Lumpur - Pelabuhan Klang dan
Seremban - Port Dickson.
8. Landasan kereta api di Sabah adalah pendek (138 km) dan menghubungkan Kota Kinabalu dengan Tenom sahaja.
9. Landasan kereta api di Malaysia sepanjang 1 949 km dan kira-kira 1 811 km dibina di Semenanjung Malaysia.
10. Negeri Terengganu Melaka dan Sarawak tidak mempunyai perkhidmatan kereta api.
11. Di Sarawak, landasan kereta api tidak boleh dibina kerana:
(a) Pantai yang berpaya (b) Kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. (c) Penduduk kebanyakannya bertumpu di sepanjang sungai
12. Perkhidmatan kereta api adalah penting untuk:
(a) Mengangkut barangan dan penumpang (b) Meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman (c) Membangunkan ekonomi kawasan pedalaman
13. Perkhidmatan kereta api kargo telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan barangan dan meningkatkan urusan perniagaan dan perdagangan.
14.
Perkhidmatan kereta api penumpang telah menghubungkan bandar-bandar
utama di Semenanjung Malaysia melalui Ekspres Sinaran, Ekspres Langkawi,
Ekspres Wau dan Ekspres Kenali.
15. Perkhidmatan kereta api 'Ekspres Antarabangsa' yang menghubungkan Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura telah berjaya menggalakkan industri pelancongan di ketiga-tiga negara.
16. Pihak kerajaan Malaysia sentiasa berusaha menambahkan perkhidmatan kereta api. Oleh itu, kerajaan berjaya mengadakan perkhidmatan rel bersepadu di sekitar Lembah Klang.
17. Perkhidmatan ini terdiri daripada Komuter dan transit aliran ringan seperti STAR-LRT, PUTRA-LRT, KL Monorel dan ERL (Express Rail Link).
18. Pada tahun 1995, KTMB telah memperkenalkan perkhidmatan Komuter yang mengubungkan kawasan:
(a) Rawang - Seremban (b) Pelabuhan Klang - Sentul
19. Pada tahun 1996, transit aliran ringan (STAR-LRT) dimulakan operasinya di sekitar kawasan:
(a) Sentul Timur - Sri Petaling (b) Sentul Timur - Ampang
20. Pada tahun 1998, sebuah lagi sistem transit aliran ringan (PUTRA-LRT) diperkenalkan di sekitar Kuala Lumpur, Tren ini merupakan tren yang menggunakan sistem tren automatik tanpa pemandu yang terpanjang didunia. Kawasan-kawasan yang dilalui oleh PUTRA-LRT ialah dari Terminal Putra ke Kelana Jaya.
21. Pada tahun 2003, KL Monorel diperkenalkan
di kawasan 'Segi Tiga Emas ' iaitu sekitar Jalan Sultan Ismail, Jalan
Chulan, Jalan Pudu dan Chow Kit. Ini kerana kawasan-kawasan itu terdiri
daripada pelbagai bangunan perdagangan dan perniagaan.
22. Pada tahun 2002, ERL diadakan
untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur yang berada di Sepang. Perjalanannya hanya mengambil masa
selama 28 minit sahaja.
23.
Perkhidmatan rel bersepadu sangat penting di Kuala Lumpur kerana ia
dapat membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, menjimatkan
masa penumpang dan mengurangkan pencemaran udara.
24. Perkhidmatan ini adalah alternatif kepada penumpang selain pengangkutan awam yang lain seperti bas dan teksi.
Pengangkutan Air
1. Terdapat tiga jenis pengangkutan air di Malaysia iaitu:
(a) Pengangkutan sungai (b) Pengngkutan pesisiran pantai (c) Pengangkutan laut
1. Pengangkutan sungai adalah lebih penting di Sabah dan Sarawak kerana jalan raya dan jalan kereta api kurang dimajukan.
2. Pengangkutan ini hanya terhad di kawasan pedalaman kerana kos yang lebih murah dan mudah untuk mengangkut barangan pukal dan penumpang dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar.
3. Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, Sungai Pahang dan Sungai Perak.
4. Sungai Rajang dapat dimudik hingga ke Kapit dan boleh digunakan untuk mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan penumpang.
5. Sungai Kinabatangan digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman hingga ke Sandakan.
6. Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai hanyalah terhad di kawasan pedalaman Pahang dan Kelantan.
7. Di Pahang, cara untuk sampai ke Taman Negara ialah dengan menaiki bot dan yang menyusuriSungai Tembeling.
1. Pengangkutan persisiran pantai penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.
2. Lumut ialah sebuah pelabuhan kecil yang membolehkan bot-bot dari Pulau Pangkor bersinggah. Pelabuhan ini juga mengumpulkan hasil tangkapan laut dan menjual di seluruh Semenanjung Malaysia.
3. Pelabuhan ini juga terdapat perkhidmatan polis marin dan pangkalan tentera laut untuk mengawal keselamatan perairan negara.
4. Pelabuhan-pelabuhan persisiran pantai yang penting ialah:
(a) Sandakan (b) Lahad Datu (c) Mukah (d) Sibu
1. Pengangkutan laut penting bagi perdagangan antarabangsa.
2. Pengangkutan laut di Malaysia dapat berkembang kerana:
(a) Dapat mengangkut barangan pukal dengan kos murah (b) Mempunyai pelabuhan yang dalam (c) Mempunyai pelabuhan terlindung (d) Terletak di lokasi strategik (e) mempunyai kemudahan gudang
3. Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mengendalikan
semua urusan perdagangan luar Malaysia. Ini adalah kerana MISC memiliki
kapal kargo, kapal tangki, kapal kontena dan kapal penumpang dengan
jumlah yang banyak.
4. Antara pelabuhan antarabangsa biasanya dilengkapi dengan perkhidmatan gudang, limbungan membaiki kapal dan kren memunggah.
5. Antara pelabuhan antarabangsa yang penting di Malaysia ialah:
(a) Pelabuhan Pulau Pinang (b) Pelabuhan Pasir Gudang (c) Pelabuhan Klang (d) Pelabuhan Kuantan
6. Pelabuhan yang mempunyai kemudahan kontena ialah Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu.
7. Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang tercanggih dan termoden di Malaysia. Ia menyediakan kemudahan kontena dan kemudahan membaiki kapal.
8. Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pelabuhan kedua penting di Malaysia. Ia mengendalikan eksport dan import di utara Semenanjung Malaysia.
9. Pelabuhan Pasir Gudang merupakan
pelabuhan ketiga pentig di Malaysia. Ia menyediakan kemudahan membaiki
dan membuat kapal serta mengendalikan eksport dan import di selatan
Semenanjung Malaysia.
10. Pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah ialah Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan.
11. Pelabuhan utama di Sarawak ialah Pelabuhan Kuching di Pending.
12. Kos pengendalian yang rendah telah menyebabkan pengangkutan laut sesuai untuk urusan eksport dan import barangan pukal.
Pengangkutan Udara
1. Pengangkutan udara yang terdapat di negara kita mula mengalami era perkembangan setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
2. Pada tahun 1967, pengangkutan udara dikendalikan oleh Malaysia-Singapore Airlines (MSA)
3. Setelah Singapura diisytiharkan keluar dari Malaysia, pengangkutan udara yang terdapat di negara kita dikendalikan pula oleh Malaysia Airlines System (MAS) dan lapangan terbang terbang pertama beroperasi ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
4. Lapangan terbang antarabangsa dan
domestik dibina untuk menampung perkembangan pengangkutan udara yang
berlaku di negara ini setelah MAS mengambil alih pengendaliannya pada
tahun 1970.
5. Pada tahun 1970-an, pembesaran
lapangan terbang turut dilakukan bertujuan membolehkan penggunaan kapal
terbang yang lebih besar seperti DC 10 dan kapal terbang Boeing 747.
6. Beberapa langkah telah diambil untuk melancarkan operasi pengangkutan udara di Malaysia seperti:
(a) memodenkan perkhidmatan trafik udara (b) menaik taraf kemudahan yang sedia ada (c) meningkatkan keupayaan pengendalian penumpang dan kargo
7. Untuk menampung keperluan pendaratan lapangan terbang yang semakin meningkat ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibina pada tahun 1998 bagi mengatasi masalah tersebut.
8. Keadaan ini membolehkan MAS menggunakan kapal terbang yang mempunyai kapasiti penumpang yang lebih besar seperti Boeing 747-400 dan Boeing 777-200.
9. Pada tahun 1998 juga, dua terminal baru telah dibina iaitu di Lapangan Terbang Labuan dan di Lapangan Terbang Kota Bahru.
10. MAS juga telah mengadakan usaha
sama dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain untuk melancarkan
perkhidmatan penerbangan antarabangsa.
11. MAS pada tahun 2003 telah
menawarkan penerbangan ke 100 destinasi yang merentasi 6 benua dan
menambahkan kekerapan penerbangan ke destinasi luar negara seperti ke
Australia dan Eropah.
12. Sejajar dengan perkembangan
pengangkutan udara yang berlaku di negara kita, kini terdapat beberapa
syarikat penerbangan lain seperti Air Asia Sdn. Bhd, Berjaya dan Pelangi
Airways Sdn. Bhd.
13. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat ini hanya menawarkan perkhidmatan penerbangan dalam negeri sahaja seperti ke Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan serantau.
Faktor Yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan Negara Malaysia
1. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia iaitu:
(a) Bentuk muka bumi (b) Dasar kerajaan (c) Kegiatan ekonomi (d) Kemajuan teknologi
1. Bentuk muka bumi mempengaruhi jaringan pengangkutan darat dan air di Malaysia.
2. Banjaran Titiwangsa menjadi penghalang kepada
pengangkutan darat di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, jalan raya dibina
menganjur dari arah utara ke selatan di daratan pantai barat dan
dataran pantai timur Semenanjung Malaysia.
3. Walaupun Lebuh raya Timur-Barat dibina dengan melintasi banjaran, tetapi kosnya adalahsangat tinggi kerana kerajaan terpaksa menebus tanah tinggi yang curam.
4. Jalan kereta api di Malaysia dibina di bahagian kaki bukit dan lembah sungai sahaja.
5. Oleh itu, jalan kereta api di Semenanjung Malaysia berbentuk Y untuk mengekalkan Banjaran Titiwangsa.
6. Di Sabah dan Sarawak, bentuk muka bumi yang lebih kasap dan tertumpu di pinggir pantai menyebabkan pengangkutan darat kurang maju.
7. Tanih berpaya juga kurang sesuai untuk dibina jalan raya dan landasan kereta api. Ini kerana tanih berpaya amat lembut dan berair.
1. Dasar kerajaan yang meningkatkan tahap pengangkutan telah membolehkan jalan raya dibina diseluruh negara Malaysia.
2. Program pembangunan tanah rancangan di luar bandar telah mewujudkan
jaringan jalan raya dari kawasan petempatan Felda ke kawasan bandar
sekitarnya.
3. Kerajaan ingin memajukan kegiatan pelancongan untuk mendapatkan
pulangan yang tinggi menyebabkan sistem pengangkutan darat dan udara di
kawasan pusat pelancongan menjadi maju dan padat.
1. Kegiatan ekonomi banyak mempengaruhi jaringan pengangkutan darat dan air di Malaysia.
2. Kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perdagangan, perindustrian dan
perlombongan amat mempengaruhi jaringan darat di bandar-bandar besar
seperti Lembah Klang, Georgetown dan Ipoh.
3. Di Sabah dan Sarawak, kegiatan ekonomi pesat di pinggir sungai
menyebabkan pengangkutan air penting daripada pengangkutan darat.
4. Kawasan pertanian juga mempunyai jalan darat yang maju supaya memudahkan kerja mengangkut barangan dari kilang ke pasaran.
1. Kemajuan teknologi membolehkan jaringan pengangkutan berkembang dengan pesat dan maju.
2. Penggunaan teknologi dapat mengurangkan masa perjalanan dan kos dalam pengangkutan.
3. Kemajuan teknologi dan kepakaran dalam pengangkutan darat seperti
komuter dan LRT telah mengurangkan kos pengangkutan, mengurangkan
kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.
Kepentingan Jaringan Pengangkutan Terhadap Pembangunan Malaysia Dan Kanada
1. Malaysia dan Kanada mempunyai jaringan pengangkutan darat yang termoden di dunia.
2. Kanada mempunyai sebuah lebuh raya yang dikenali sebagai Trans Canada
Highway. Lebuh raya ini sepanjang 7 300 km dan menghubungkan St. John's
di timur Kanada dengan Victoria di barat Kanada.
3. Malaysia juga mempunyai jaringan lebuh raya yang panjang dan moden
iaitu Lebuh raya Utara-Selatan. Lebuh raya ini menghubungkan Bukit Kayu
HItam di utara dengan Johor Bahru di selatan Semenanjung Malaysia.
4. Jambatan yang dikenali sebagai Confederation Bridge merupakan
jambatan terpanjang dan berterusan melalui laut yang diliputi ais.
Jambatan ini menghubungkan Pualu Prince Edward dengan New Brunswick di
Kanada.
5. Jambatan Pualu Pinang dibina menghubungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung Malaysia.
6. Perkembangan jaring pengangkutan juga memajukan pelbagai jenis industri dan mewujudkan kawasan pelancongan yang baru.
7. Pengangkutan kereta api sangat penting dan utama di Kanada. Ini
adalah kerana ia merupakan kaedah pengangkutan yang paling ekonomik
untuk mengangkut kontena dab barangan pukal melalui jarak yang jauh.
8. Perkhidmatan Kereta Api Pasifik Kanada dan Kereta Api Kebangsaan
Kanada telah membangunkan ekonomi di kawasan pedalaman yang dilalui
olehnya.
9. Kemudahan pengangkutan kereta api telah menggalakkan pembukaan tanah untuk menanam gandum dan penternakan.
10. Pengangkutan laut penting untuk menggalakkan kegiatan perniagaan dan perdagangan di Malaysia dan Kanada.
11. Di Kanada, gandum dan hasil perlombongan diangkut oleh trak dan kereta api ke pelabuhan untuk dieksport.
12. Jalan Air St. Lawrence- Tasik-tasik besar di Kanada merupakan jalan
air terpanjang di dunia dan menggalakkan pertumbuhan perindustrian dan
bandar pelabuhan di Kanada.
13. Lapangan terbang antarabangsa di Kanada ialah Montreal dan Vancouver.
14. Di Kanada, pengangkutan udara juga boleh digunakan untuk mengesan dan mengawal kejadian kebakaran hutan pada musim panas.
Kesan Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar
1. Perkembangan jaringan pengangkutan yang berlaku di negara kita telah
memberikan kesan terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar budaya.
2. Terdapat kesan positif dan negatif di sebalik perkembangan sistem pengangkutan yang berlaku di negara ini.
3. Pembinaan lapangan terbang memberikan kesan terhadap alam sekitar
melalui bunyi bising yang dikeluarkan. Bunyi bising ini menganggu
ketenteraman penduduk di sekitarnya.
4. Manakala perkembangan pengangkutan air juga turut memberikan kesan
terhadap alam sekitar di sesuatu kawasan. Antara kesan yang sering
berlaku ialah tumpahan minyak dari kapal-kapal yang mencemarkan perairan
laut dan mengancam hidupan laut.
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Negatif Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar
1. Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar ialah:
(a) Pengurusan trafik yang lebih efisien. (b) Memasang alat catalytic converter (c) Kempen kesedaran (d) Menanam rumput di cerun (e) Kawalan undang-undang.
2. Pihak kerajaan mengadakan pengurusan trafik yang lebih efisien di
kawasan yang mempunyai kenderaan bermotor yang banyak seperti Kuala
Lumpur.
3. Oleh itu, kerajaan mengadakan pelbagai jenis pengangkutan awam
seperti Komuter, LRT dan KL Monorel untuk menggalakkan penduduk
menggunakan pengangkutan awam pada waktu puncak seperti waktu pergi
kerja dan waktu lepas kerja.
4. Tujuannya adalah untuk mengurangkan keadaan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di kawasan bandar.
5. Selain itu pihak kerajaan juga menggalakkan penduduk yang memiliki
kenderaan bermotor memasang alat catalytic converter paad ekzos kereta
mereka.
6. Alat ini dapat menukarkan gas beracun kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida.
7. Pihak kerajaan juga selalu mengadakan kempen untuk menggalakkan penduduk berkenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum.
8. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan penduduk di kawasan bandar
mengadakan amalan perkongsian kereta untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas di bandar.
9. Kesan negatif pembinaan jalan raya dan lebuh raya dapat di atasi
dengan menanam rumput dicerun bukit yang telah dipotong dan membina
longkang yang besar untuk mengelakkan air hujan melonggarkan tanah.
10. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengadakan pelbagai undang-undang untuk mengurus alam sekitar seperti:
(a) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin diesel. (b) Peraturan Kawalan Pelepasan 1996 daripada enjin petrol. (c) Akta Kualiti Alam Sekitar 1978.
11. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis juga mengadakan pelbagai
kempen untuk mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan
berenjin diesel.
| |
Saturday, 25 February 2012
KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN PERINGKAT AWAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment