Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui.Benar,tetapi
untuk memperbaharuinya mengambil masa yang lama.Hutan yang sudah
dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan,sukar untuk pulih
seperti sediakala.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan
Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai
kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang
sangat besar di dalam kehidupan manusia.
Hutan dan Sungai
Legeh sungai atau punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah
tinggi yang dilitupi hutan.Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan
Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang
belakang Negara.Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di
situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air.Hutan akan menyimpan
air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di
dalam bentuk punca sungai( kawasan air terjun dan mata air ).
Hutan sebagai habitat flora dan fauna.
Malaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya
berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia.Biodiversiti merujuk kepada
keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang
membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat.Lihat
sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di
Malaysia,gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik.Lihat sahaja
orang utan ‘the one and only’! di seluruh dunia.Hutan yang dipelihara
serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar
serta perlindungan flora yang hebat.
Hutan Penstabil Suhu Dunia.
Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon
dioksida dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal
melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan
penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang
panas.Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan
suhu dunia bertambah panas.Fenomena pemanasan global biasanya dikaitkan
denga n kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida
Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
Dengan kepelbagian biologinya,hutan merupkan khazanah Negara yang sangat
bernilai.kajian tentang perubatan sebenarnya masih meluas dan
berpotensi untuk dimajukan.Dengan nilai perubatan yang sangat tinggi
hanya sebahagian kecil sahaja khasiat perubatan hutan diketahui serta
dikaji,antaranya tongkat ali dan kacip Fatimah yang popular itu.Banyak
lagi sebenarnya yang belum diterokai dan dikaji.
Pencegahan banjir.
Oleh kerana pembalakan yang berleluasa Thailand pada tahun 1988 kalau
tida silap saya mengalami banjir yang dashyat di kota Bangkok.Ini kerana
hutan di sebelah utara Negara itu sudah dimusnahkan secara meluas.Hutan
berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi
mampu menampung jumlah air hujan yang turun.Jadi jika hujan turun dengan
lebat sekali pun hutan akan menyerap air dengan baik,kerana titisan air
hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun,ranting
,batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah
hutan.Dengan ini banjir akan dapat dielakkan.
Hutan dan Komuniti Orang Asli/Pribumi
Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta
bumiputera di Kepulauan Borne.Walaupun bersama dengan arus
kemodenan,hutan masih merupakn tempat tinggal ramai kaun pribumi di
seluruh dunia.Hutan mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati
dengan kehidupan pribumi seperti memburu dan bercucuk tanam.Hutan
merupakan perlindungan yang unik,hingga melahirkan budaya hidup dan adat
yang unik menjadi kebanggaan kita bersama.
Hutan dan Pelancongan
Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan
pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko
pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan
hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu
menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang
di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu
konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.
Hutan dan Ekonomi Negara
Pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan
Negara.Pemuliharaan hutan sangat perlu.Pembalakan secara
terpilih,menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu
dilaksanakan.Penanaman semula hutan perlu dijalankan secara
kerap.Kawasan hutan simpan dan taman Negara memerlukan pemantaun yang
lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air
perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu
digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air
terpelihara.
Sumber makanan.
Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan serta
buah-buahan.Buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber
makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.
Very useful keep it up
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletecan save as a note
ReplyDelete