Saturday, 25 February 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR

Pengenalan  Kertas Geografi PMR :

Kertas Geografi PMR terbahagi 2 bahagian :

Bahagian
Masa
Jenis soalan
Bil. soalan
Markah
I
1 jam 15 minit
Anika  pilihan
50
100%

II

Anika pelengkap
10


Anika pilihan        =  soalannya diikuti  oleh 4 pilihan  jawapan iaitu A,B,C dan D
Anika pelengkap  =  soalannya diikuti oleh pelbagai kombinasi jawapan dlm A , B , C 
dan   D .

2.       Dua Jenis Soalan Diuji :

1.                  Soalan pengetahuan – menguji daya ingatan

a.                   istilah / fakta
b.                  urutan / metodologi / kategori atau kreteria
c.                   prinsip / generalisasi / teori

2.                  Soalan Kemahiran

a.                   Interprestasi ( kebolehan mentafsir maklumat ) .
Contoh soalan : Merujuk kepada rajah I , lokasi manakah yang menerima hujan lebat.

b.                  Ekstrapolasi ( implikasi / akibat / hasilan / penentu luaran / membuat anggaran berdasarkan data yang tersedia )

c.                   Aplikasi (  menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah dalam situasi baru ).
Contoh soalan : Berdasarkan maklumat dalam peta / gambar rajah bagaimana faktor geografi menggalakkan pembangunan perindustrian di kawasan ini ?

d.                  Analisis ( menganalisis , mengenal pasti, menunjukkan hubung kait  atau membuat kesimpulan ) .
Contoh soalan :  Antara berikut tempat manakah yang paling sesuai untuk membina pelabuhan ?






Contoh komponen sebuah soalan jenis anika pilihan:

“…………………………
stimulus
………………………….
………………………….
………………………….”

Stem soalan

                        Berdasarkan pernyataan di atas ………………………….
                        ……………………………………………………………?

                                                A.
pengganggu
                                                B.                                             pilihan jawapan
                                                C.
                                                D. * kunci jawapan 


3.                 Teknik Menjawab :

1)                  Membaca umul kitab dan selawat keatas Nabi  Muhammad saw.

2)                  jangan buang masa dengan membaca semua soalan terlebih dahulu. Mulakan soalan 1  dan  seterusnya .

3)                  fikir dengan teliti ketika memilih jawapan  .

4)                  hitamkan jawapan pada kertas jawapan .

5)                  padam hingga bersih  bagi setiap jawapan yang tersilap pilih

6)                  jika terdapat soalan terlalu susah tinggalkan buat sementara waktu dan teruskan kepada soalan yang lain

7)                  soalan yang menggunakan pengiraan juga ,eloklah dibuat kemudian .

8)                  setelah habis menjawab ,ulang semula soalan yang ditinggalkan tadi.

9)                  markah tidak dipotong  jika jawapan salah

10)              secara purata  satu soalan diperuntukan masa 1.5 minit

11)       beri perhatian kepada perkataan : BENAR , TIDAK BENAR  , TIDAK KECUALI , BUKAN  ( jika ada )




4.                 Teknik mengenalpasti tahap daya ingatan  ( lakukan aktiviti 1)

5.                 Tip  Sebelum Menghadapi Hari Peperiksaan PMR 2002

1.                  Beri tumpuan seimbang kepada semua tajuk pelajaran Tingkatan Satu , Dua dan Tiga .

2.                  Taburan soalan adalah seperti berikut ( ± )

·        Kemahiran Geografi             = 20%
·        Malaysia                              = 25%
·        Asia Tenggara                    = 15%
·        Asia                                   = 15%
·        Geografi Umum                  = 25%

3.                  Tumpuan utama adalah  negara  Malaysia dan bahagian Kemahiran Geografi

4.                  Kemahiran Geografi meliputi :-

·        Peta topografi
·        Jadual , gambar rajah dan graf
·        Kedudukan , arah , jarak dan pengiraan waktu

5.                  Pelbagai teknik belajar , antara nya

·        Membaca + buat nota ringkas
·        Melukis peta , graf dan rajah berlebel
·        Menghafal / mengingat
·        Membaca buku tambahan untuk maklumat tambahan

6.                  Dicadangkan belajar dalam bentuk ‘ perbincangan dalam kumpulan kecil’

7.                  Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan buat latihan.

8.                  Tidur mesti cukup.


No comments:

Post a Comment